
Gunakan Mesej dalam iCloud pada Mac
Dengan Mesej dalam iCloud, semua mesej yang anda hantar, terima, atau padam dikemas kini pada semua peranti anda secara automatik. Menyimpan mesej anda dalam iCloud juga membantu anda menjimatkan ruang pada Mac anda.
Untuk menggunakan Mesej dalam iCloud, anda memerlukan macOS 10.13.5 atau lebih baru dan iOS 11.4 atau lebih baru dan anda perlu mendaftar masuk ke iMessage menggunakan Apple ID yang sama pada setiap peranti yang anda mahu ia digunakan.
Aktifkan Mesej dalam iCloud
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, klik iCloud, kemudian pastikan anda mendaftar masuk ke iCloud menggunakan Apple ID yang sama dengan yang anda daftar masuk ke Mesej.
Klik Butiran Akaun, klik Keselamatan, kemudian pastikan pengesahan dua faktor diaktifkan.
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, kemudian klik iMessage.
Dalam anak tetingkap Seting, pilih “Dayakan Mesej dalam iCloud”.
Mesej daripada peranti lain anda yang menggunakan Apple ID yang sama muncul pada Mac anda.
Penting: Bergantung pada berapa banyak mesej yang anda ada, mungkin mengambil sedikit masa untuk kesemuanya muncul. Anda boleh menghantar dan menerima mesej pada waktu itu.
Nyahaktifkan Mesej dalam iCloud
Anda boleh menyahaktifkan Mesej dalam iCloud hanya untuk Mac ini atau untuk semua peranti yang menggunakannya.
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, kemudian klik iMessage.
Dalam anak tetingkap Seting, nyahpilih “Dayakan Mesej dalam iCloud”.
Pilih satu daripada yang berikut:
Nyahdayakan Semua: Nyahaktifkan Mesej dalam iCloud untuk semua peranti anda. Mesej tidak lagi akan disimpan dalam iCloud dan sebaliknya disimpan pada setiap peranti.
Nyahdayakan Peranti Ini: Nyahaktifkan Mesej dalam iCloud untuk Mac anda sahaja. Mesej pada Mac anda tidak lagi akan disimpan dalam iCloud; mesej pada sebarang peranti lain yang mempunyai Mesej dalam iCloud diaktifkan akan terus disimpan dalam iCloud.
Untuk memastikan anda melihat mesej terkini dalam iCloud pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, klik iMessage, kemudian klik Selaraskan Sekarang dalam anak tetingkap Seting.