
Nyahaktifkan pemberitahuan dalam Mesej pada Mac
Jika anda tidak mahu menerima pemberitahuan setiap kali ada mesej baru dalam perbualan, anda boleh mengaktifkan Jangan Ganggu.
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih perbualan, kemudian klik Butiran di penjuru kanan atas.
Pilih Jangan Ganggu.
Untuk mendapatkan pemberitahuan mesej semula, nyahpilih Jangan Ganggu.
Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, anda juga boleh meleret ke kanan dengan dua jari pada perbualan dalam bar sisi, kemudian klik butang Jangan Ganggu .
Untuk menyahaktifkan pemberitahuan untuk semua mesej, ubah keutamaan Pemberitahuan. Anda juga boleh mengubah jenis pemberitahuan yang anda terima untuk mesej (sebagai contoh, memainkan bunyi atau menunjukkan lencana pada ikon Mesej dalam Dock). Lihat Terima, jeda, atau hentikan pemberitahuan pada Mac.