
Akses semua mesej anda pada semua peranti Apple anda
Apabila anda menggunakan Mesej dalam iCloud, semua mesej yang anda hantar, terima dan padam dikemas kini pada semua peranti Apple anda secara automatik. Menyimpan mesej anda dalam iCloud juga membantu anda menjimatkan ruang pada Mac anda.
Untuk menggunakan Mesej dalam iCloud, anda memerlukan macOS 10.13.5 atau lebih baharu, iOS 11.4 atau lebih baharu, atau iPadOS 13 atau lebih baharu. Anda juga perlu mendaftar masuk ke iMessage menggunakan Apple ID yang sama pada setiap peranti yang anda mahu gunakan Mesej dalam iCloud.
Aktifkan Mesej dalam iCloud
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:Daftar masuk: Klik Daftar Masuk, kemudian daftar masuk dengan Apple ID anda. Gunakan Apple ID yang sama dengan yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke Mesej.
Sahkan Apple ID anda: Klik Apple ID
, kemudian pastikan anda telah mendaftar masuk ke iCloud dengan Apple ID yang sama dengan yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke Mesej.
Klik Kata Laluan & Keselamatan dalam bar sisi, kemudian pastikan pengesahan dua faktor diaktifkan. Lihat Sediakan kata laluan dan maklumat keselamatan Apple ID anda.
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, kemudian klik iMessage.
Dalam anak tetingkap Seting, pilih Dayakan Mesej dalam iCloud.
Mesej daripada peranti lain anda yang menggunakan Apple ID yang sama muncul pada Mac anda.
Nota: Bergantung pada berapa banyak mesej yang anda ada, mungkin mengambil sedikit masa untuk kesemuanya kelihatan. Anda boleh menghantar dan menerima mesej pada waktu itu.
Untuk memastikan anda melihat mesej terkini dalam iCloud pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, klik iMessage, kemudian klik Selaraskan Sekarang dalam anak tetingkap Seting.
Nyahaktifkan Mesej dalam iCloud
Anda boleh menyahaktifkan Mesej dalam iCloud pada semua peranti anda atau pada Mac anda sahaja.
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, kemudian klik iMessage.
Dalam anak tetingkap Seting, nyahpilih Dayakan Mesej dalam iCloud.
Pilih satu daripada yang berikut:
Nyahdayakan Semua: Nyahaktifkan Mesej dalam iCloud pada semua peranti anda. Mesej tidak lagi disimpan dalam iCloud dan sebaliknya disimpan pada setiap peranti.
Nyahdayakan Peranti Ini: Nyahaktifkan Mesej dalam iCloud pada Mac anda sahaja. Mesej pada Mac anda tidak lagi disimpan dalam iCloud; pada sebarang peranti lain yang mempunyai Mesej dalam iCloud diaktifkan, mesej terus disimpan dalam iCloud.