
Buat panggilan video menggunakan Mesej pada Mac
Anda boleh mulakan panggilan video FaceTime dalam Mesej.

Dalam app Mesej
pada Mac anda, hantar mesej kepada orang atau kumpulan yang anda mahu mulakan panggilan video.
Klik Butiran, kemudian klik butang Video
bersebelahan nama kumpulan atau nama individu untuk memulakan panggilan serta-merta.
Jika anda tidak melihat butang Video, anda mungkin perlu mendaftar masuk ke FaceTime. Anda boleh memilih peranti input audio untuk digunakan dalam keutamaan Bunyi dan kamera untuk digunakan daripada menu Video FaceTime.
Untuk memulakan panggilan FaceTime menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon berlainan yang disenaraikan dalam kad kenalan rakan anda, klik dan tahan butang Video
.
Apabila seseorang menyertakan anda dalam panggilan FaceTime Kumpulan, anda boleh menyertai panggilan daripada transkrip. Hanya klik Sertai dalam gelembung mesej FaceTime.
FaceTime Kumpulan tersedia dengan Kemas Kini Tambahan macOS Mojave 10.14.3 atau lebih baru, atau iOS 12.1.4 atau lebih baru. Ciri ini mungkin tidak tersedia di semua rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal kandungan keselamatan Kemas Kini Tambahan macOS Mojave 10.14.3.
Apabila seseorang yang tidak mempunyai kamera menjawab panggilan video, mereka diwakili oleh monogram dan meter aras bunyi berbanding video.