
Apa yang baharu dalam Mesej pada Mac?
App Mesej dalam macOS Ventura menawarkan ciri baharu yang anda boleh gunakan untuk bekerjasama pada projek dengan lebih efisien, nyahhantar mesej terbaru, tonton rancangan atau dengar muzik bersama menggunakan SharePlay dan banyak lagi.
Cari imej, atau item dan teks dalam imej (seperti “basikal” atau “Untuk Dijual”). Lihat Cari perbualan.
Apabila anda mahu bekerjasama pada projek (seperti dokumen, hamparan, atau fail lain), anda boleh menghantar jemputan dalam Mesej dan semua orang dalam perbualan disertakan secara automatik. Apabila seseorang membuat pengeditan, anda melihat kemas kini aktiviti di bahagian atas perbualan Mesej. Selepas anda melihat perubahan dalam app lain, kembali ke perbualan anda dengan hanya satu klik. Lihat Bekerjasama pada projek.
Pemesejan setiap hari lebih berkuasa. Nyahhantar mesej terbaru, edit mesej yang anda baru hantar, pulihkan mesej terbaru dipadam dan tandakan perbualan sebagai belum dibaca supaya anda tidak lupa untuk membalas kemudian. Lihat Nyahhantar atau edit mesej, Padam mesej dan perbualan dan Tandakan perbualan sebagai belum dibaca.
Terima jemputan daripada seseorang yang menggunakan iPhone atau iPad (dengan iOS 16 atau iPadOS 16.1) untuk menggunakan SharePlay—hanya klik Sertai untuk mula melihat atau mendengar bersama. Lihat Sertai SharePlay dalam Mesej.
Jejak lebih kandungan yang dikongsi dengan anda dalam Mesej, seperti Buku dan sesetengah app pihak ketiga, dalam bahagian Dikongsi dengan Anda dalam app yang sepadan. Lihat Menjejak kandungan dikongsi.
Sesuaikan rupa dan gaya Memoji anda supaya sepadan dengan diri anda yang sebenar—lebih gaya rambut, topi, hidung dan lagak gaya. Lihat Cipta Memoji anda.