Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan kesan mesej pada Mac
Dengan macOS 11 dan lebih baharu, anda boleh menambahkan kesan khas ke mesej anda—animasi skrin penuh seperti bunga api, belon atau konfeti; kesan khusus mesej seperti slam atau gema; atau kesan interaktif, seperti dakwat halimunan yang rakan anda perlu leretkan untuk membaca teks anda.

Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih perbualan.
Masukkan mesej anda dalam medan di bahagian bawah tetingkap.
Klik butang App
, klik butang Kesan Mesej
, kemudian klik kesan yang anda mahu.
Apabila anda memilih kesan, anda melihat pratontonnya.
Untuk menghantarnya, tekan Return pada papan kekunci anda atau klik butang Hantar
.