
Lihat foto, video, audio dan nota dalam Mesej pada Mac
Apabila anda mempunyai perbualan dalam Mesej, anda boleh menghantar dan menerima item seperti foto (termasuk Live Photos), video, mesej audio dan nota dikongsi. Anda boleh lihat item ini terus dalam perbualan, atau dalam paparan Butiran.
Untuk mengetahui cara menghantar item dalam mesej, lihat Hantar mesej.
Petua: Dwiklik perbualan dalam bar sisi untuk membukanya dalam tetingkapnya sendiri.
Lihat dan simpan foto dan video
Apabila anda menerima dua atau tiga foto, foto kelihatan sebagai kolaj. Apabila anda menerima empat atau lebih foto, foto kelihatan sebagai tindanan foto.
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih perbualan.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Lihat foto atau video dalam perbualan: Lihat foto, mainkan video, atau dwiklik fail untuk membukanya dalam tetingkap Lihat Cepat.
Nota: Live Photos mempunyai butang Live Photo
di penjuru kiri atas.
Lihat foto atau video dalam paparan Butiran: Klik butang Butiran
di penjuru kanan atas perbualan, skrol ke Foto, kemudian dwiklik fail untuk membukanya. Fail muncul dalam tetingkap Lihat Cepat, tempat anda boleh membukanya dalam appnya. Contohnya, klik Buka dengan Foto untuk video.
Nota: Anda tidak boleh melihat video atau memainkan Live Photo di paparan Butiran. Sebaliknya, bukanya dalam perbualan atau Control-kliknya, kemudian pilih Tambah ke Pustaka Foto.
Apabila melihat foto atau video dalam paparan Butiran, anda boleh menyeretnya ke dalam dokumen lain atau desktop.
Lihat item dalam tindanan foto: Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, leret ke kiri atau ke kanan dengan dua jari pada tindanan untuk melihat setiap foto tanpa membukanya. Control-klik foto dalam tindakan untuk membukanya, membalas kepadanya, menambahkan Tapback dan banyak lagi.
Petua: Untuk melihat setiap foto individu dalam grid, Control-klik tindakan, kemudian pilih Tunjukkan Grid. Klik
untuk kembali ke perbualan.
Simpan foto atau video dalam perbualan: Klik butang Simpan Foto
di sebelah foto, tindanan foto, atau video untuk menyimpannya dalam pustaka foto anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tetingkap Lihat Cepat, lihat Lihat dan edit fail dengan Lihat Cepat.
Nota: App Mesej boleh mengesan kebogelan dalam foto pada peranti anak anda sebelum foto dihantar atau diterima dan menyediakan sumber untuk membantu anak anda menangani situasi (macOS 12.1 atau lebih baharu, iOS 15.2 atau lebih baharu, atau iPadOS 15.2 atau lebih baharu; tidak tersedia di semua negara atau rantau). Apple tidak mendapat akses kepada foto disebabkan oleh ciri ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Aktifkan atau nyahaktifkan keselamatan untuk mesej dalam Masa Skrin.
Dengar mesej audio
Mesej audio muncul dalam perbualan dengan panjang rakamannya disenaraikan.
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih perbualan.
Klik butang Main
dalam mesej.
Mesej dikeluarkan daripada perbualan dua minit selepas anda memainkannya. Untuk menyimpannya dalam perbualan, klik Simpan.
Lihat nota dikongsi
Jika seseorang berkongsi nota daripada app Nota , anda lihat satu mesej dengan pautan ke nota itu. Lihat Kongsi nota dan folder.
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih perbualan.
Cari mesej dengan nota dikongsi, kemudian klik nota.
Nota dibuka dalam app Nota. Ikon Dikongsi kelihatan di sebelah nota dalam senarai nota.
Petua: Untuk melihat masa mesej dihantar, Control-klik mesej dalam transkrip perbualan dan pilih Tunjukkan Masa. Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, anda juga boleh meleret ke kiri dengan dua jari pada mesej.