Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat lokasi rakan dalam Mesej pada Mac
Rakan boleh berkongsi lokasi mereka melalui app Mesej atau Cari pada peranti Mac, iOS, atau iPadOS. Anda boleh melihat lokasi yang mereka kongsi pada peta dalam Mesej.
Anda dan rakan anda perlu didaftar masuk ke iCloud untuk berkongsi lokasi.

Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih perbualan.
Klik Butiran di penjuru kanan atas perbualan.
Peta muncul apabila rakan berkongsi lokasi mereka.
Dwiklik gambar atau parap orang itu pada peta. Anda boleh memeriksa keadaan trafik, maklumat transit dan butiran lain dalam Peta.