
Sediakan iPhone untuk mendapatkan teks SMS pada Mac
Sediakan iPhone anda supaya anda boleh menerima dan menghantar mesej teks SMS dan MMS pada Mac anda. Sebaik sahaja anda menyediakan iPhone anda, jika anda menerima mesej SMS pada iPhone anda, ia juga muncul pada Mac anda. Selain itu, apabila anda menghantar mesej kepada kawan yang menggunakan telefon selain daripada iPhone, mesej anda dihantar sebagai mesej SMS.

Penting: Untuk menerima dan menghantar mesej SMS dan MMS pada Mac anda, iPhone anda mesti mempunyai iOS 8.1 atau lebih baru dan iPhone serta Mac anda mesti mendaftar masuk ke iMessage menggunakan Apple ID yang sama. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk menyambungkan Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch anda.
Pada iPhone anda, pergi ke Seting > Mesej.
Ketik Pemajuan Mesej Teks.
Petua: Jika anda tidak melihat Pemajuan Mesej Teks, pastikan anda didaftar masuk ke iMessage menggunakan Apple ID yang sama pada kedua-dua iPhone dan Mac anda.
Dayakan Mac anda dalam senarai peranti.
Pada Mac anda, buka app Mesej
.
Kod pengaktifan enam digit muncul.
Masukkan kod ini pada iPhone anda, kemudian ketik Benarkan.
Lihat bahagian Mesej pada panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch. Untuk peranti yang tidak menggunakan versi iOS atau iPadOS terkini, dapatkan panduan pengguna daripada Tapak web manual Sokongan Apple.