Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat lokasi rakan
Rakan boleh berkongsi lokasi mereka melalui app Mesej atau Cari Rakan Saya pada peranti iOS. Anda boleh melihat lokasi yang mereka kongsi pada peta dalam Mesej.
Anda dan rakan anda perlu didaftar masuk ke iCloud untuk berkongsi lokasi.

Di sudut atas kanan mesej anda, klik Butiran.
Peta muncul apabila rakan berkongsi lokasi mereka.
Dwiklik gambar atau parap orang itu pada peta. Anda boleh memeriksa keadaan trafik, maklumat transit dan butiran lain dalam Peta.