
Hantar mesej teks
Anda boleh menghantar mesej dengan teks, foto dan fail lain.
Nota: Sebelum anda boleh menghantar mesej, anda perlu Sediakan untuk menghantar mesej teks.

Dalam tetingkap Mesej, klik butang Karang
untuk memulakan mesej baru (atau gunakan Touch Bar).
Taipkan nama, alamat e-mel atau nombor telefon dalam medan Kepada. Semasa anda menaip, Mesej mencadangkan alamat berpadanan daripada app Kenalan anda atau dari orang yang anda pernah hantarkan mesej.
Anda juga boleh klik butang Tambah
di sebelah kanan medan Kepada. Klik kenalan dalam senarai, kemudian klik alamat e-mel atau nombor telefon.
Jika anda mahu menghantar mesej kepada lebih daripada satu orang, lihat Hantar mesej kumpulan.
Masukkan mesej anda dalam medan di bahagian bawah tetingkap. Anda juga boleh memasukkan mana-mana yang berikut:
Teks: Taip teks dalam medan mesej. Anda boleh gunakan cadangan menaip, jika tersedia.
Petua: Tekan Option-Return untuk memasukkan pemisah baris dalam mesej.
Foto atau video: Seret foto (termasuk Live Photos) atau video ke medan mesej, atau salin dan tampalnya.
Nota: Jika anda menyeret Live Photo ke mesej anda, rakan hanya melihat foto pegun. Jika anda mahu rakan dapat melihat tayangan Live Photo, kongsinya daripada app Foto. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Guna Mesej untuk berkongsi foto.
Pautan fail atau web: Seret atau salin dan tampal fail atau pautan web.
Klip audio: Jika anda ingin merakam klip audio dalam mesej anda, lihat Hantar klip audio.
Emoji: Klik butang Emoji
untuk menambah emoji ke mesej anda. Jika anda menambah tiga emoji atau kurang, ia kelihatan sebagai emoji besar.
Tekan Return pada papan kekunci anda untuk menghantar mesej.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Mesej Mak yang saya akan lambat.” Ketahui lanjut tentang Siri.
Petua: Untuk memajukan mesej (atau lampiran seperti foto atau video) daripada perbualan, Control-klik, kemudian pilih Majukan. Anda boleh mengulang ini untuk memajukan berbilang mesej daripada berbilang perbualan pada satu masa. Apabila anda menambah penerima dan menekan Return, semua mesej dan lampiran dihantar.
Mac anda kini boleh menerima dan menghantar mesej teks SMS dan MMS melalui iPhone anda apabila anda menyediakan pengiriman semula mesej teks. Sebagai contoh, jika rakan menghantar mesej teks kepada anda daripada telefon selain daripada iPhone, mesej muncul pada Mac dan iPhone anda dalam Mesej.
Gelembung iMessage berwarna biru. Semua gelembung mesej lain berwarna hijau.
Nota: Untuk menerima dan menghantar mesej SMS dan MMS pada Mac anda, iPhone anda mesti mempunyai iOS 8.1 atau lebih baru dan iPhone serta Mac anda mesti didaftarkan masuk ke iMessage menggunakan Apple ID yang sama. Tambahan lagi, anda mesti sediakan iPhone anda.