
Tentang menghantar foto, pelekat dan banyak lagi dalam Mesej pada Mac
Mesej dalam macOS Big Sur tidak perlu membosankan—ceriakan mesej teks dan ekspresikan diri anda apabila anda menghantar sebarang item berikut.

Tapback
Balas mesej dengan cepat dengan ekspresi Tapback, contohnya ibu jari ke atas atau hati. Lihat Hantar Tapback.
Foto atau video
Hantar foto atau video daripada pustaka anda atau swafoto yang anda baru ambil. Lihat Hantar foto dan video.
Pelekat dan imej
Cipta Memoji anda sendiri pada Mac anda—ekspresi sebenar anda, dicipta oleh anda. Kongsinya dengan serta-merta dalam Mesej dengan pelekat Memoji. Di sesetengah negara dan rantau, hantar GIF popular dalam mesej anda. Lihat Cipta Memoji anda dan Gunakan pelekat Memoji dan #imej.
Mesej audio
Kadangkala mengekspresikan diri anda dengan suara anda akan mencipta mesej yang terbaik. Lihat Hantar mesej audio.
Kesan mesej
Perkataan sahaja sudah cukup, tetapi apabila anda menghantar mesej dengan kesan, anda meninggalkan impak. Pilih daripada kesan yang memenuhi seluruh skrin, seperti belon, konfeti, atau bunga api. Atau pilih kesan yang menukar cara gelembung mesej individu dianimasikan seperti slam atau gema. Hantar mesej dengan dakwat halimunan yang kekal kabur sehingga anda meleret di atasnya dengan kursor anda. Lihat Gunakan kesan mesej.