
Gunakan pelekat Memoji dan #imej dalam Mesej pada Mac
Dengan macOS Big Sur, anda boleh menghantar pelekat Memoji diperibadikan di samping pelbagai imej dan GIF emotif dalam sebarang mesej teks.
Nota: Penghantaran imej dan GIF tidak tersedia di semua negara dan rantau.
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih perbualan.
Untuk mencari kenalan dan kandungan dalam perbualan, klik dalam medan Carian di penjuru kiri atas dan masukkan perkara yang anda cari. Atau, pilih daripada kenalan yang dicadangkan, pautan, foto dan banyak lagi.
Jika anda dihadkan untuk menghantar dan menerima mesej dengan hanya orang tertentu, ikon jam pasir
muncul bersebelahan orang yang anda tidak boleh menghantar teks.Di sebelah kiri medan di bahagian bawah tetingkap, klik butang App
, kemudian pilih salah satu daripada yang berikut:
Pelekat Memoji: Pilih daripada pelbagai pelekat Memoji atau cipta Memoji anda sendiri untuk pelekat diperibadikan.
#imej: Pilih imej atau GIF popular daripada senarai atau cari imej atau GIF khusus yang sepadan dengan perasaan anda.
Sebagai pilihan, anda juga boleh menyeret pelekat Memoji di bahagian atas mesej dalam transkrip.
Jika anda mahu, taipkan teks untuk disertakan dengan pelekat atau imej, kemudian tekan Return pada papan kekunci anda.