
Cari e-mel dalam Mail pada Mac
Anda boleh mencari mesej e-mel dalam mana-mana atau semua peti mel menggunakan perkataan anda sendiri—seperti “e-mel daripada John dihantar semalam”—atau dengan menggunakan cadangan dan penapis carian Mail. Hasil Teratas disenaraikan dahulu dalam hasil dan menggambarkan mesej yang terbaru anda baca dan balas, pengirim dan kenalan VIP anda, serta faktor lain.

Petua: Jika anda tahu anda ingin mencari dalam peti mel tertentu, pilih ia dalam bar sisi Mail sebelum anda mula.
Cari e-mel menggunakan perkataan anda sendiri
Dalam app Mail
pada Mac anda, masukkan frasa carian dalam medan carian.
Taip apa yang anda sedang cari dengan cara yang sama anda menyebutnya (ini dipanggil carian bahasa semulajadi). Berikut adalah sedikit contoh:
dari kelly
dari kelly semalam
kepada kelly
kepada kelly tentang model semula
e-mel dibendera
Lampiran PDF
Tekan Kembali.
Jika anda tidak melihat mesej yang anda sedang cari, cuba klik peti mel lain dalam bar Kegemaran. Jika anda memilih peti mel khusus dalam bar sisi sebelum anda bermula, klik Peti Mel Dipilih.
Cari e-mel menggunakan cadangan dan penapis Mail
Dalam app Mail
pada Mac anda, mula menaip frasa carian dalam medan carian, kemudian pilih satu daripada cadangan yang Mail sediakan.
Mail mencipta penapis carian dalam medan carian dan menyenaraikan mesej sepadan yang ia temui dalam peti mel yang dipilih.
Perhalus carian dalam mana-mana cara ini:
Ubah penapis carian: Jika penapis carian mengandungi anak panah, anda boleh klik ia untuk mengubah penapis. Sebagai contoh, anda boleh ubah penapis untuk mencari mesej kepada atau dari orang tertentu, atau cari baris subjek atau keseluruhan mesej.
Gunakan berbilang penapis carian: Tempatkan penuding selepas penapis pertama, mula menaip teks carian, kemudian pilih cadangan. Ulang seperti diperlukan; medan carian mengskrol sambil anda menambah penapis.
Mail mencari mesej yang sepadan dengan semua penapis; lebih banyak anda gunakan, lebih fokus carian itu. Jika anda tidak mendapat hasil yang dijangka, keluarkan beberapa penapis.
Cari pengepala mesej: Taipkan nama medan pengepala mesej, diikuti titik bertindih dan nilai yang anda sedang cari—sebagai contoh, "dari: taman susan" atau "keutamaan: tinggi"—kemudian pilih cadangan.
Cari peti mel yang tiada dalam bar Kegemaran: Taipkan nama peti mel itu, pilih cadangan Peti Mel itu, kemudian taip apa yang anda sedang cari selepas penapis Peti Mel.
Cari bingkai masa atau julat tarikh: Taip "tarikh" diikuti dengan titik bertindih dan julat tarikh, seperti “tarikh: 9/05/18-10/05/18.”
Cari menggunakan DAN, ATAU, BUKAN (operator Boolean): Taipkan teks carian anda menggunakan operator (dalam huruf besar).
Sebagai contoh, untuk mencari mesej yang mengandungi “yellowstone” dan “cascades” tetapi bukan “teton,” taipkan “yellowstone DAN cascades BUKAN teton” atau “cascade DAN yellowstone -teton.”
Simpan carian e-mel
Jika anda fikir anda akan mencari set mesej tertentu lagi, simpan carian anda.
Dalam app Mail
pada Mac anda, klik Simpan di bawah medan carian.
Ubah nama (dan seting lain), jika anda mahu.
Klik OK.
Carian anda disimpan sebagai Peti Mel Pintar; apabila anda menerima mesej baru yang sepadan dengan penapis carian, ia disertakan dalam Peti Mel Pintar secara automatik. Lihat Gunakan Peti Mel Pintar.
Apabila Mail mencari semua peti mel, ia mencari dalam peti mel Sampah, tetapi tidak dalam peti mel Sarap; ia tidak mencari mesej disulitkan, juga. Untuk mengubah pilihan ini, pilih Mail > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Apabila anda mencari Mac anda menggunakan Spotlight, e-mel disertakan dalam hasil. Anda boleh mengeluarkannya dengan menukar keutamaan Spotlight.