
Cari teks dalam e-mel dalam Mail pada Mac
Anda boleh mencari teks tertentu dalam mesej e-mel. Jika mesej adalah sebahagian daripada perbualan, Mail mencari keseluruhan perbualan.
Dalam app Mail
pada Mac anda, pilih mesej atau perbualan.
Tekan Command-F, kemudian taip perkataan atau frasa dalam medan carian yang muncul di atas kawasan pratonton.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Pergi ke keadaan seterusnya atau sebelumnya dalam hasil: Klik butang anak panah yang terletak bersebelahan medan carian.
Kosongkan medan carian: Klik butang Kosongkan
di hujung medan carian.
Setkan pilihan untuk carian semasa: Klik kaca pembesar
dalam medan carian. Anda boleh abaikan huruf, atau cari teks yang mengandungi atau bermula dengan perkataan atau frasa yang anda taip.
Apabila anda sudah selesai, klik Selesai.