
Gunakan VoiceOver dalam Mission Control pada Mac
Mission Control menunjukkan semua tetingkap yang terbuka pada desktop yang disusun dengan kemas supaya mudah untuk mencari yang anda perlukan. App dalam skrin penuh atau Split View dan ruang desktop yang anda cipta, ditunjukkan dalam Bar Spaces di sepanjang bahagian tepi atas skrin.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver. Lihat Gunakan pengubah suai VoiceOver.
Masuk Mission Control dengan menekan Control-Anak Panah Atas.
Untuk keluar dari Mission Control tanpa membuat apa-apa, tekan kekunci sekali lagi.
Dalam Mission Control, lakukan mana-mana yang berikut:
Buka item: Tekan VO-Anak Panah Kiri atau VO-Anak Panah Kanan untuk menavigasi ke item, kemudian tekan VO-Bar Space.
Buka item dalam Bar Space: Tekan VO-Anak Panah Kanan untuk menavigasi ke Bar Space, tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk berinteraksi dengannya, tekan VO-Anak Panah Kanan untuk menavigasi ke senarai ruang, berinteraksi dengannya, menavigasi ke item, kemudian tekan VO-Bar Space.
Cipta ruang dekstop: Tekan VO-Anak Panah Kiri untuk menavigasi ke Bar Space, tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk berinteraksi dengannya, kemudian tekan VO-bar Space untuk berinteraksi dengan butang Tambah Desktop.
Keluarkan ruang dekstop: Tekan VO-Anak Panah Kanan untuk menavigasi ke Bar Space, tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk berinteraksi dengannya, tekan VO-Anak Panah Kanan untuk menavigasi ke senarai ruang, berinteraksi dengannya, menavigasi ke ruang yang anda mahu keluarkan, kemudian tekan VO-Command-Escape. Tekan Return untuk sahkan.
Anda boleh dengan mudah beralih antara desktop semasa anda sedang bekerja—hanya tekan Control-Anak Panah Kanan atau Control-Anak Panah Kiri.