Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Buatkan Mac anda membaca e-mel anda dengan kuat
Anda boleh membuatkan Mac anda membaca e-mel dengan kuat.
Dengarkan hanya maklumat pengepala: Pilih mesej dalam senarai mesej, kemudian pilih Edit > Pertuturan > Mula Bercakap. Medan Dari, Tarikh, Kepada, Sk dan Subjek dibaca.
Dengarkan isi mesej: Klik mana-mana sahaja dalam mesej, pilih Edit > Pertuturan > Mula Bercakap.
Dengarkan sebahagian daripada mesej: Pilih teks yang anda ingin dengar, kemudian pilih Edit > Pertuturan > Mula Bercakap.
Hentikan bercakap: Pilih Edit > Pertuturan > Berhenti Bercakap.